Monday 19 April 2010

BERPERANGLAH!

Salaams,

Dalam hidup ini, cuma ada satu cinta yang boleh menggerakkan saya menjadi super luar biasa.

Dan saya benar-benar mahu meng'transform' cinta ini menjadi cinta lebih luar biasa, cuma ngga mampu lagi.


Tapinya saya fikir, jalan menuju Tuhan itu sangat banyak, sahabat-sahabatku, ada berjuta, berbillion, tidak terhitung oleh kita hamba-Nya ini. Dan kerana semua kejadian di dunia ini adalah diatas kehendak-Nya, bayangkan sekiranya kita tidak terpilih di dalam senarai calon-calon penghuni syurga-Nya. Tidak terpilih ke asrama penuh sahaja sudah cukup menghancurkan hati saya, apatah lagi pilihan untuk menjadi wanita solehah yang ternama. Seperti Khadijah ra, Siti Fatimah ra, Siti Maryam ra, Siti Asiah ra, Siti Hajar ra.


Tetapi, bukan kah Allah swt itu sifatnya Ar-Rahiim dan Ar-Rahman, sifat-sifat yang paling banyak di sebut di dalam Al-Quran?


Apakah benar Sang Pengasih itu akan meninggalkan kita?


Kepada sahabat-sahabat yang sedang bertarung dengan segala cabaran yang ngga masuk akal kadangkalanya, cabaran jiwa, raga, hati, kewangan, keluarga, anak-anak, pendidikan, yakinlah


yakinlah


kita ini, adalah calon-calon yang sedang ditapis!


"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu, dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman" - Surah At-Taubah, ayat 14


Selamat "berperang", sahabat-sahabatku, perangilah "dia", dan gantunglah seluruh harapanmu hanya terhadap-Nya.