Thursday, 22 April 2010

SESUDAH SUBUH

Salams,

Demi kemulian-Mu, Ya Rabbul Izzati, berilah aku kekuatan menulis untuk-Mu, hanya untuk-Mu.

Masih lagi didalam penulisan untuk paper yang penuh, kebanyakannya sudah hampir selesai, tinggal untuk chapter bagi Malaysian trade. I always hate doing that chapter. Tapinya, bagaimana mungkin pembaca mahu mengetahui latar belakang paper saya?

Hari ini, saya berjaya menyelesaikan chapter untuk econometric methodology yang masih ditangguh-tangguhkan. Kemudiannya bersambung dengan chapter conclusion. Tinggal ayat-ayat terakhir, dan seperti biasa, saya akan sentiasa di'distract' oleh perkara-perkara kecil. Seperti indahnya pancaran Sang Mentari hari ini. Sambil menghirup kopi Whittard Hazelnut, saya terasa bahagia yang meluap ke seluruh ruang hati. Musim bunga ini, subhanAllah, indah sekali. InsyaAllah, kalau cuacanya baik, saya mahu ke bandar menangkap gambar. Jua ada sesuatu yang perlu saya uruskan. Mahu sekali ke taman bunga melihat keajaiban Allah swt, insyaAllah, akan dipermudahkan. InsyaAllah.

Hari ini adalah hari kedua saya tidak tidur selepas subuh, subuh disini sudah masuk pukul 3.05 minit pagi. Ya, awal sekali. Saya punya pilihan, samada saya tidur selepas maghrib, 8.20 malam, atau berjaga sahaja menunggu subuh. Tapi saya ngga mahu menghilangkan keberkatan dengan tidur selepas subuh. Ngga mahu kalah dengan ayam jantan.

Sudah ya amat panas sekarang ini. Alhamdulillah, akan saya postkan gambar-gambar di musim bunga ini ya? InsyaAllah.


Must dash!
Love, always.