Sunday 18 April 2010

FEISTY DINNER PLATE

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

Assalamualaikum,


Sahabat-sahabat yang dikasihi, yang sentiasa dihati, yang sentiasa mempercayai keajaiban, yang mencintai kebenaran, yang mencari erti kehidupan sebenar. Moga-moga kamu berada dalam jalan-Nya. Meskipun pahit untuk tetap berada dijalan-Nya, saya du’akan kita sama-sama tetap melangkah, biar mungkin terpaksa mengesot, atau merangkak, tetaplah kedua belah kaki mu, sahabat. Biarkan magis du’a-du’a kita berterbangan di angkasa raya.


Saya ini fastidious, when it comes to certain things. Saya suka pinggan makan yang cantik-cantik, kerana saya rasa sungguh tidak enak makanan yang akan saya makan sekiranya pinggannya huduh. Dalam erti kata lain, pinggannya mungkin ada daki-daki hitam, bercalar-calar, atau ya, corak nya sudah pudar dan ada kesan-kesan kuning. Ah, mengapa saya sungguh memilih when it comes to the dinner plate, not bowl, not teacup, not even spoon? (owh, all must be clean though).


Kerana saya sangat memuliakan makanan.


Makanan adalah kurnian Allah swt yang tidak terhingganya. Tanya lah sesiapa yang merantau ke luar negara untuk jangka masa yang agak lama, apakah yang paling dirindui dari tanah air selain dari keluarga dan sahabat, pasti jawapannya makanan, dan mungkin cahaya matahari kalau saya.


Makanan itu akan diproses menjadi darah dan lain-lain, saya ngga arif dengan proses penghuraian makanan ini, tapi saya sangat pasti, makanan ini adalah keperluan biology yang sangat penting, kerana pabila perut kosong, iman pasti goyah. Keperluan kepada makanan itulah yang memaksa manusia menjadi creative - memajukan agriculture, yang kemudiannya membawa kemajuan kepada manufacturing dan services.


Makanan sangat penting untuk keperluan tubuh untuk mendapatkan energi, dan seterusnya insyaAllah menguatkan rohani dan ruh, tetapi pastinya makanan itu adalah yang diprescribe oleh Allah swt.


"Manusia itu belum melaksanakan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air dari langit, kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma, kebun-kebun yang lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang."- Surat ‘Abasa (80), ayat 23 -32.


Ah, adakah ini alasan yang membawa saya kepada keperluan membeli dinner set yang cantik-cantik? Tidak juga, saya suka menjamu tetamu dengan menggunakan dinner set yang paling cantik, tanda kesyukuran diatas kesudiannya menjenguk saya. Saya suka menghadiahi dinner set yang cantik-cantik kepada Bonda, dan insyaAllah kepada adik-adik saya serta sahabat-sahabat yang saya cintai itu. Saya suka melihat mereka gembira, dengan cahaya kegembiraan bercampur kesyukuran.


Nikmat apa yang lebih mulia dari menjamah makanan yang halal serta toiyibah di atas pinggan yang indah?


Semalam saya ke Sainbury's, dengan tujuan utama mahu membeli dinner set, kerana pinggan saya jatuh pecah berderai. Saya ingin sekali membeli dinner set yang berjenama hebat di UK ini, walau untuk kegunaan sendiri, alas, kebanyakannya ialah fine bone china, atau bone china. Kerana budget yang sedikit, akhirnya saya membeli dinner set putih. Ah, kerana secara logiknya, saya ini telah dibuka mata oleh Kak Zarina bahawa di hotel-hotel seluruh dunia ini, semuanya memakai dinner set berwarna putih. Tidak ada satu hotel pun yang memakai pinggan mangkuk yang cantik-cantik seperti didambakan oleh saya.


Hahaha, betul juga ya? Tidak mengapa, biarlah buat sementara ini, saya berangan seperti makan di hotel.