Sunday 25 April 2010

DRAF KERTAS KEDUA

Salam Pencinta Al-Quran,

Tahukah dikau? Bahawa dikau selalu di dalam doa-doa rabitahku, kerana dosa ku yang menggunung tinggi, kerana ku tahu hanya kebaikan yang dapat menghapuskan kejahatan-kejahatan lampau, kerana ku mahu mengambil berkat mendu'akan para sahabat, kerana kamu, ya kamu, lebih dari layak mendapat rahmat dari Ar-Rahiim itu.

Saya sudah berjaya menyelesaikan paper kedua saya. Walau masih di dalam peringkat draft sahaja, alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana dengan izin-Nya, saya berjaya menulis bait-bait yang ngga mungkin pada peringkat awalnya saya berjaya tanpa pertolongan-Nya. Paper ini ngga berapa susah berbanding dengan paper yang pertama.

Saya ingat lagi, sewaktu saya dipaksa-rela belajar menggunakan program STATA, masyaAllah, mahu menangis tersedu-sedu dibahu Bonda. Saya ingat lagi, pabila model saya significance, tetapi punya signs yang salah, sepatutnya positive, tetapi negative. Saya ingat lagi, membaca kembali seluruh literature untuk mencari asbab mengapa ini berlaku. Secara theoreticalnya, ia mungkin, possible bak kata omputihnya, tapi supervisor saya ngga mahu menerima alasan itu. Dan saya ingat lagi, berhempas pulas membina model baru, berdebat dengan diri sendiri samada mahu memasukkan satu variable hingga variable yang lain, kemudiannya punya seribu satu masalah pabila diagnostic tests di lakukan. Ah, kalau mahu di list kan, dan kalau dikenang-kenangkan kembali, saya rasa, bagaimana sih saya bisa mengharungi semua ini?

Itulah kebaikan yang diturunkan oleh Allah swt. Kerana dia Maha Baik, sangat-sangat baik.

Owh Tuhanku Yang Maha Lemah-lembut, Engkau lebih tahu bahawa aku tidak layak untuk semua kebaikan-kebaikan-Mu kerana kemungkaranku, tetapi kerana Engkau adalah Tuhan, yang sifatnya ngga pernah bisa sama dengan makhluk-Mu, Engkau dengan Kemurahan-Mu!

Sujud syukur dengan limpahan air mata, dengan penuh sedar bahawa kita ini, kita ini ya sahabat-sahabat yang dimuliakan, ngga pernah ada apa-apa.

Ah, matahari sudah muncul.


Must dash!
Love, always.