Tuesday 25 May 2010

DAN SENJATANYA HANYALAH TANGISAN




Salams Pencinta Kebenaran,

Berilah peringatan. Semasa membelek surah Yassin malam kelmarin, kebanyakan ayat di dalam surah tersebut mengarah ke arah memberikan peringatan kepada yang lalai, kepada yang kafir, kepada yang mereka yang mahu membersihkan diri.

Berikanlah peringatan. Apakah peringatan itu hanya didalam hati? Ngga sekali! Ngga! Peringatan itu perlu kan lisan dan tulisan yang nyata. Menulislah kerana Dia, hanya kerana Dia, menulislah untuk memberi peringatan. Kerana bak kata Ustaz SaifulIslam, erti hidup pada memberi.

Nah, sahabat-sahabat yang dicintai, peringatan itu manis sekali pada hati yang kotor, hati yang retak, hati yang hancur. Kerana hati itu akan berkali-kali diuji. Itu janji Allah swt, tapi janjinya lagi, Dia ngga akan pernah meninggalkan mereka yang menggantungkan seluruh harapan pada-Nya. Itulah sahabat-sahabat yang dimuliakan, wajah sebenar tawakal.

Owh, saya sedang menulis methodology. Nampaknya enteng sahaja, tapi saya ini, sahabat-sahabat sekalian, perfectionist, makanya, mahu menggarap satu ayat sahaja memerlukan daya yang sangat jitu, Allah hu Akbar. Doakan saya, sahabat-sahabatku, kerana saya butuh doa dari kamu, doa dri mereka-mereka yang asing.

Daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).




Must dash!
Love, always