Friday 7 May 2010

SANTAI-SANTAI SAHAJA

Salams,

Sahabat-sahabat yang saya dimuliakan, mengertilah bahawa kita ini khalifah Allah dimuka bumi ini, dimana malaikat pun tunduk memberi hormat. Janganlah dijatuhkan maruah dan taraf kita hingga ke tahap binatang, kerana bintang itu sifatnya tiada malu, dan ia tiada aqal, tetapi tetap bertasbih kepada Allah swt.

Dan jangan pernah percaya bahawa pintu taubat itu sudah tertutup. Jangan pernah percaya kepada orang-orang alim, orang-orang berilmu, orang-orang terpercaya yang berpendapat bahawa taubat itu sangat sukar untuk diterima, dangkal sekali siapa yang mengatakannya - Allah itu sifatnya adalah Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Menerima Taubat, jangan pernah putus asa dalam mengejar rahmat-Nya, pasti sahaja kita ini akan berbuat dosa, kapan sampai nafas terakhir pun. Manusia mana yang ngga bisa lari dari dosa? Kalau ngga dosa-dosa besar seperti syirik dan berzina, pasti dosa-dosa kecil dan separa kecil seperti riak, takbur, ujub dan mengumpat. Ah, boleh kah ini dikatakan dosa-dosa kecil?

Yang paling penting sekali, sahabat-sahabat yang dicintai, bahawa kita ngga pernah putus asa dalam memperbaiki diri, memperbaiki iman, mengejar rahmat-Nya, memburu redha-Nya. Yakinlah, pabila kita mengejar Allah swt, Dia lagi pantas mengejar kita!

“Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.” (Al Maidah: 39)

Hari ini saya ke kuliah, penceramah bebas Dr. Yahia Abdul-Rahman, pengasas system LARIBA untuk Bank of Whittier, USA. Topiknya mengenai Islamic Banking and Finance. Saya memang ngga berminat lansung dengan topic ini, ya, ngantuk sahaja kalau membaca buku-buku berkaitan dengan bank atau finance. Muak. Jelek.

Apa yang membuatkan saya hampir ke majlis ini? Pastinya untuk mendapat barakah, dan semoga saya jua menjadi scholar suatu hari nanti, insyaAllah. Yang pastinya, selepas mampir, saya sangat berazam untuk memajukan Islam dan ummah melalui ilmu. Hanya dengan ilmu, darjat kita diangkat, dan dengan ilmu jua kita akan mengusai dunia dan akhirat, insyaAllah. Jangan putus asa, jangan putus asa dalam menuntut ilmu, ketahuilah jihad menuntut ilmu ini, harga nya amat mahal - air mata, darah dan jua harta. Inilah sebahagian dari jihad kita. Tapi ganjarannya, masyaAllah.

Bak firman-Nya- surah Al-Mujaadalah ayat 11yang artinya Niscaya Allah akan meninggikan derajat orang-orang yg beriman di antara kamu dan orang-orang yg diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan.

Ayuh, mari lengkapkan diri kita dengan ilmu. Ia mustahil untuk menjadi expert di dalam pelbagai bidang, disinilah peri pentingnya majlis ilmu serta majlis dialog. Doakan saya diberi kekuatan untuk meghirup sumber ilmu yang amat manis ini, semanis manggo lassi yang baru diteguk petang tadi!


Must dash!
Love, as always.