"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi"
"Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu" begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.
Sila click:
http://www.facebook.com/pages/Anak-Muda-Benci-Umno
Read more: IkutSukaAku
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Astagfirullah. Saya rasa mahu pecah jantung saya membaca kalimah-kalimah diatas. Innalillah hiwainnalilairojiun. Belum lepas satu kes, satu kes bermula. Betapa dahsyatnya keadaan di Malaysia. Mahu tau apa pandangan satu article tentang Malaysia - The police country in South East Asia. Ya, sahabat-sahabat yang dimuliakan, kita ini sudah seperti di Russia gamaknya, atau di China. Mungkin kita melaung-laungkan kita ini mengikuti konsep demokrasi dengan bangganya, tetapi hakikatnya sudah sangat jauh sebenarnya.
Tahukah apa maknanya gelaran Tuan Guru? Pak Marwan pernah berkata pada saya - Kamu tahu kah apa maksud Tuan Guru? Bagaimana mahu mendapat gelaran Tuan Guru? Alangkah mahu mendapat gelaran Professor itu sudah sangat berat, sahabat-sahabat sekalian, apatah lagi untuk mendapatkan gelaran Tuan Guru. Pastinya ilmu beliau - berbanding kita- terlampau jauh seperti langit dengan bumi.
Dimana perasaan malu anak muda ini? Apa dia tidak pernah diajar konsep malu? Malu itu, sahabat-sahabat sekalian, telah diajar oleh Nabi kita, Nabi Muhamad saw:
“Iman itu memiliki tujuh puluh cabang lebih, yang paling utama adalah ucapan laa ilaaha illallah (tiada illah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah), dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan jalan. Dan rasa darimalu termasuk salah satu cabang iman.”-HR Bukhari (Fathul Baari I/51), HR Muslim (Syahr An-Nawawi I/6), lafadz di atas milik Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.
Malu itu akhlak Islam, definasinya luas sekali, merangkumi dari segala yang paling kecil, sehingga yang paling luas. Paling mudah, Nabi Muhamad saw sudah merangkuminya dalam satu hadis:
‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.’” - Al-Bukhâri (no. 3483, 3484, 6120), Ahmad (IV/121, 122, V/273), Abû Dâwud (no. 4797), Ibnu Mâjah (no. 4183), ath-Thabrâni dalam al-Mu’jâmul Ausath (no. 2332), Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliyâ' (IV/411, VIII/129), al-Baihaqi (X/192), al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (no. 3597), ath-Thayâlisi (no. 655), dan Ibnu Hibbân (no. 606-at-Ta’lîqâtul Hisân).
Didalam budaya mana-mana pun diseluruh dunia ini, sopan santun sangat ditekankan. Tidak percaya, belajar sahaja dari sejarah. Buka sahaja buku-buku cerita zaman-zaman lama di Britain misalannya- hasil pena Jane Austin, bahasa tulisannya halus, merakamkan bahawa bahasa percakapannya jua halus. Buku-buku cerita zaman dahulu di Malaysia jua begitu, masih ingat lagi Malim Kundang, Hikayat Merung Mahawangsa, Hikayat Bayan Budiman, cerita-cerita rakyat untuk setiap negeri, bahkan ceritera Pak Pandir?
Ah, kita gagal mendidik anak bangsa hari ini.
2 comments:
Salam,
kak nur, ini mungkin satu cara orang lebih tertumpu pada isu tgna berbanding kes tembak aminulrasyid.propaganda media. ibarat spt isu palestin yg meletup sekejap, tp lama2 senyap takde org peduli, sbb kita lebih dihidangkan dengan berita sensasi yg lain.
namun saya setuju. kita harus menyantuni ulama, menyantuni diri sendiri dengan bahasa yang halus.
Salams,
Benar sekali Ani, akak ini selalu pula tersasar, pandai kan diorang nih, adoi, melampaula mereka ni, tapi insyaAllah, kebenaran akan terbukti, insyaAllah.
Post a Comment